Izin laluan yang berhormat !
Izin laluan adalah celahan yang dilakukan oleh pasukan kita semasa pihak lawan sedang berdebat. Izin laluan mestilah hanya dilakukan dalam bentuk soalan bukannya untuk mempertahankan diri.
Contoh izin laluan yang betul :
- Sekadar ingin bertanya, apakah punca utama kes ragut berlaku ?
- Mengikut statistik, punca sebenarnya berlaku penceraian adalah kerana berlakunya masalah kewangan dalam keluarga.Adakah ini masih belum cukup menunjukkan wang adalah pelengkap bagi kehidupan ?
- Yang berhormat kami bukannya ingin bercerita mengenai krisis ekonomi di Greece semata-mata.Namun,kami ingin bercerita mengenai krisis ekonomi dunia keseluruhannya
No comments:
Post a Comment