Saturday 26 January 2013

Senarai usul KDI-6 2013

Berikut adalah senarai penuh usul mengikut tema ( sudah disahkan ):

diharapkan supaya para peserta kejohanan dapat membuat persiapan awal dan rapi untuk KDI kali ini :)

Usul Cadangan Kejohanan Debat Intrasekolah Kali Ke-6 Tahun 2013
Maahad Hamidiah Kajang 

• GENDER

1. Dewan Ini Percaya Industri Sukan Masih Mengamalkan Diskriminasi Terhadap Wanita
2. Dewan Ini Akan Mewujudkan Sekolah Pemulihan Jantina Ketiga
3. Perlaksanaan “Konsep Koc Wanita” Perlu Untuk Semua Jenis Pengangkutan Awam
4. Lelaki Lebih Menderita Daripada Wanita
5. Anak Muda Malaysia Lebih Mengejar Cinta Berbanding Cita-Cita
6. Dewan Ini Mewajibkan Pengguguran Untuk Mangsa Rogol
7. Dewan Ini Akan Memberikan Bantuan Tambahan Kepada Pasangan Mahasiswa Yang Berkahwin Semasa Belajar

• PENDIDIKAN

8. Dewan Ini Percaya Teknologi Komunikasi Adalah Musuh Pendidikan
9. Dewan Ini Mencadangkan Pembelajaran Bahasa Ketiga Di Semua Jenis Sekolah Menengah
10. Dewan Ini Percaya IPTS Tidak Boleh Dipandang Sebelah Mata
11. Dewan Ini Akan Mengembalikan Kuasa Merotan
12. Dewan Ini Akan Mewajibkan Semua Lepasan SPM Menghadiri PLKN
13. Dewan Ini Akan Menghentikan Sistem Pengkelasan Pelajar Mengikut Pencapaian Akademik Di Sekolah
14. Dewan Ini Akan Mengehadkan Pemberian Biasiswa Ijazah Ke Luar Negara

• SOSIAL

15. Dewan Ini Akan Mengharamkan Eksploitasi Hutan Untuk Tujuan Perindustrian
16. Kempen Kitar Semula : Ibarat Bakar Air Hendakkan Abu
17. Filem Kita Sudah Hilang Taringnya
18. Dewan Ini Menyokong Pemberian Peruntukan Khas Kepada NGO Alam Sekitar
19. Dewan Ini Akan Menyekat Kemasukan Selebriti Luar Negara Dalam Industri Hiburan Tanah Air
20. Dewan Ini Percaya Laman Jaringan Sosial Menentang Prinsip Kemanusiaan
21. Dewan Ini Menyokong Pemberian Status Warganegara Kepada Atlet Asing

• POLITIK

22. Dewan Ini Akan Mengharamkan Syarikat Menaja Kempen Parti Politik Untuk Pilihanraya
23. Pakatan Rakyat Ibarat Meludah Ke Langit
24. Dewan Ini Menyanggah Politikus Malaysia Menjadi Idola
25. Dewan Ini Percaya Negara Berkebajikan Relevan Di Malaysia
26. Dewan Ini Percaya Isu Iran Bakal Menjadi Pencetus Perang Dunia Ketiga
27. Dewan Ini Akan Mencabul Kedaulatan Negara Myanmar Demi Keselamatan Bangsa Rohingya.
28. Dewan Ini Menyokong Pembabitan Mahasiswa Dalam Bidang Politik
29. Melayu Belum Bangun Daripada Tidur

• EKONOMI

30. Dewan Ini Menentang Pembukaan Pasar Raya Besar Di Kawasan Luar Bandar
31. Dewan Ini Percaya Insentif Ekonomi Untuk Sukan Merugikan
32. Dewan Ini Percaya Tuduhan Malaysia Muflis Bakal Menjadi Realiti
33. Dewan Ini Percaya Bajet 2012 Penawar Kesenjangan Ekonomi
34. Dewan Ini Akan Membatalkan Kuasa Monopoli ASTRO
35. Dewan Ini Percaya Wilayah Pembangunan Ekonomi Merupakan Alternatif Tepat

• HUMOR

36. David Beckham Lebih Hebat Daripada Lionel Messi
37. Puteri Gunung Ledang Patut Menerima Lamaran Sultan Melaka Tanpa Syarat
38. Dewan Ini Percaya Mereka Sudah Puas Bermain
39. Samsung Lebih Baik Daripada iPhone
40. Mawar Berduri Tidak Bahaya
41. Maharaja Lawak Mega Menyedihkan
42. Bibik Boleh Bercinta Dengan Tuan

Tuesday 25 December 2012

KDI 2013

Perhatian kepada semua warga SMKA Maahad Hamidiah,


Pada tahun 2013,satu pertandingan bahas akan dijalankan. Harap semua warga boleh memberi kerjasama dalam pertandingan kali ini. Dengan cogan kata , "Merintis Pemikiran Kritis ", pertandingan ini diharap membuahkan hasil yang baik.Juga , diharapkan AJK yang terlibat mampu memberi komitmen yang baik seperti tahun-tahun yang lalu.Debat adalah satu aktiviti yang memerlukan keberanian dan ketangkasan dalam berfikir.Debat juga mampu mengasah pemikiran seseorang untuk menjadi lebih kreatif , berfikiran kritis dan bijak membuat keputusan.Debat memerlukan kesungguhan dari segi masa dan tenaga.Pada tahun ini, teks akan diberi bagi kemudahan pendebat dan akan diserahkan semasa sesi pendaftaran.Maklumat lanjut akan kami berikan kemudian.Info lanjut mengenai pertandingan ini , sila berhubung dengan :
  • Nurul Atiqah Binti Abdul Ghaffar
  • Nurus Saadah Binti Suhim
  • Zulhilmi Bin Md Nor
  • Muhd Hanif Bin Supirno
  • Maziah Binti Puat
Sekian,terima kasih.


Izin laluan

Izin laluan yang berhormat !


Izin laluan adalah celahan yang dilakukan oleh pasukan kita semasa pihak lawan sedang berdebat. Izin laluan mestilah hanya dilakukan dalam bentuk soalan bukannya untuk mempertahankan diri.
Contoh izin laluan yang betul :
  • Sekadar ingin bertanya, apakah punca utama kes ragut berlaku ?
  • Mengikut statistik, punca sebenarnya berlaku penceraian adalah kerana berlakunya masalah kewangan dalam keluarga.Adakah ini masih belum cukup menunjukkan wang adalah pelengkap bagi kehidupan ?
Contoh izin laluan yang salah :

  • Yang berhormat kami bukannya ingin bercerita mengenai krisis ekonomi di Greece semata-mata.Namun,kami ingin bercerita mengenai krisis ekonomi dunia keseluruhannya
Izin laluan hanya boleh dibuat setelah loceng pertama dibunyikan iaitu selepas seminit pendebat bermula.Waktu izin laluan berakhir pada loceng kedua iaitu setelah 6 minit pendebat berdebat. Izin laluan juga boleh diterima atau ditolak.

Tuesday 18 December 2012

Asas Perdebatan


Video ini adalah contoh perdebatan di antara USIM dan MMU....
Sila guna video ini sebagai rujukan...

Pada tahun ini, pihak KDI Maahad Hamidiah akan menyediakan teks bagi kemudahan pendebat. Teks akan diberi semasa sesi pendaftaran.Di bawah ini adalah sedikit maklumat asas perdebatan.

First speaker :

Perdana Menteri

1)Kata aluan
2)Definisi-pembentukan kes,defenisi secara konseptual dan literal
3)Pembinaan konsep dan rasional-menerangkan kes perwakilan kerajaan
4)Stratergi-beban bukti
5)Penghujahan-Beri satu hujah sahaja
6)Penegasan

 Ketua Pembangkang

1)Kata aluan
2)Membidas defenisi Kerajaan-Bidas kes kerajaan sekali,bidasan untuk hujah diserahkan kepada Pembangkang 1
3)Pembinaan konsep dan rasional-menerangkan kes perwakilan pembangkang
4)Stratergi-menjawab beban bukti dan rasionalnya
5)Penghujahan-Beri satu hujah sahaja
6)Penegasan

Second Speaker :

Timbalan Perdana Menteri

1)Kata aluan
2)Pegangan-Tegaskan kembali pendirian perwakilan Kerajaan seperti kes, konsep dan rasional
3)Membidas kes Pembangkang-seperti konsep , rasional , kes  dan hujah.Baki bidasan diberi kepada Menteri Pertahanan
4)Penghujahan-Beri dua hujah
5) Penegasan

Timbalan Ketua Pembangkang

1)Kata aluan
2)Pegangan-Tegaskan kembali pendirian perwakilan Pembangkan seperti kes, konsep dan rasional
3)Membidas kes Kerajaan-seperti konsep , rasional , kes dan hujah. Baki bidasan diberi kepada Pembangkang 1
4)Penghujahan-Beri dua hujah
5)Penegasan

Third Speaker:

Menteri Pertahanan

1)Pendirian- Bentang konsep dan rasional
2)Bidasan Konseptual-Bidas kes , konsep dan rasional
3)Bidasan individual-Bidas hujah
4)Penegasan

Pembangkang 1

1)Pendirian- Bentang konsep dan rasional
2)Bidasan Konseptual-Bidas kes , konsep dan rasional
3)Bidasan individual-Bidas hujah
4)Penegasan